
Saksikan telefilem Tepat Waktu lakonan Sara Ali dan Faha Azhar pada 9 Ogos ini, Sabtu pukul 10 malam di TV1.
Tepat Waktu
Waktu Siaran: Sabtu, 9 Ogos 2025, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Aleesya Nur Adam
Pengarah: Ollynn Khadri
Produksi: Adaza 88 Studio
Watak Pelakon
Sara Ali sebagai Zaimah
Faha Azhar sebagai Zailan
Fadhil Dani sebagai Zamri
Santesh sebagai Muthu
Subhasree Vairamuthu sebagai Saritha
Nazwa Hanim sebagai Suhaila
Pak Wee sebagai William
Reza Hasbi sebagai En Eddy
Sinopsis Tepat Waktu
Zaimah, graduan IT yang mewarisi tanah dan kambing arwah ayahnya, memilih berhenti kerja di bandar dan mengusahakan penternakan tanpa pengalaman. Dia mencipta perisian tagging kambing, namun dikhianati Zailan yang mahu mencurinya, tetapi berjaya ditangkap dengan bantuan Muthu dan Sari. Zaimah bangkit meneruskan usaha, berjaya sebagai usahawan ternakan dan menjadi ikon penternak wanita.