
Indera merupakan sebuah filem psycho-thriller dibintangi oleh Shaheizy Sam, Azira Shafinaz, Adlin Aman Ramlie, Ruminah Sidek dan Samara Kenzo. Filem arahan Woo Ming Jin ini ditayangkan di pawagam bermula 7 Ogos 2025.
Indera
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2025
Skrip: Deo Mahameru, Muzzamer Rahman, Ming Jin Woo
Pengarah: Woo Ming Jin
Produksi: Greenlight Pictures & Lomo Pictures
Watak Pelakon
Shaheizy Sam sebagai Joe
Azira Shafinaz sebagai Anisa
Samara Kenzo sebagai Sophia
Ruminah Sidek sebagai Aishah
Adlin Aman Ramlie sebagai Mohseen
Mia Deen sebagai Sara
Duerra Mitilda sebagai Emi
Shahfi Rafiq sebagai Kit
Mubarak Majid sebagai Haji Ramli
Sinopsis Indera
Berlatar belakangkan tragedi Peristiwa Memali pada tahun 1985, filem ini berkisarkan tentang seorang balu dan anak perempuannya yang sering mengalami 'mysterious visions' di sebuah kampung terpencil.
Selepas kematian isterinya yang tragis, Joe bergelut untuk menjaga anak perempuannya yang bisu sambil hidup dalam kemurungan kerana rasa bersalah. Dalam usaha memulakan kehidupan baru, Joe mengambil kerja tukang di sebuah rumah terpencil milik seorang wanita Jawa yang misteri. Tetapi rumah itu menyimpan rahsia gelap. Kehidupan mereka mula dihantui pelbagai kejadian aneh, suara misteri, bayangan menyeramkan, dan sebuah perigi yang menyimpan rahsia kelam. Apakah sebenarnya yang menganggu Joe dan anaknya, Sophia?