
Saksikan Laknat sebuah filem seram psikologi yang diinspirasikan daripada kisah benar bakal menghantui pawagam seluruh negara mulai 5 Jun 2025. Naskhah ini diarahkan oleh Saw Teong Hin, diterbitkan oleh Real Films, dengan kerjasama Tutan Entertainment dan diedarkan oleh D’Ayu Pictures. Dibintangi Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Noorkhiriah, Mila Mohsin dan ramai lagi.
Laknat
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 5 Jun 2025
Penulis Skrip: Nirraut Sawbaqyah
Pengarah: Saw Teong Hun
Produksi: Real Films & Tutan Entertainment
Watak Pelakon
Aeril Zafrel sebagai Luth
Puteri Balqis sebagai Laila
Jalil Hamid sebagai Jalis
Amerul Affendi sebagai Murtaza
Naque Ariffin sebagai Nafis
Noorkhiriah sebagai Wani
Mila Mohsin sebagai Murni
Ismail Yaacob sebagai Imam Haswa
Umie Aida
Sofia Jane
Sinopsis Laknat
Mengisahkan Luth (Aeril Zafrel) yang masih dibelenggu kesedihan selepas kehilangan adik perempuannya Laila (Puteri Balqis). Luth terperangkap dalam permainan halus iblis bernama Laqqus.
Ketika jiwanya dalam keadaan rapuh, Luth dipujuk melalui ilusi dan hasutan hingga sanggup melakukan apa saja untuk ‘menghidupkan’ kembali adiknya dan membongkar kematian tragis tersebut termasuk membuat perjanjian dengan syaitan.
Namun dalam pencariannya, Luth bukan sahaja kehilangan arah, malah mula melihat sisi gelap orang-orang di sekelilingnya. Perjalanan yang sepatutnya membawa jawapan akhirnya menjadi jalan ke jurang kehancuran.