
Nantikan drama Jutawan Ekspres akan bersiaran bermula 21 Julai 2025 di Astro Ceria. Drama terbitan Kl Motion Picture dan diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin. Dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Bell Ngasri, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak, Kim Azzim, Qistina Khaled dan ramai lagi.
Jutawan Ekspres
Tarikh Tayangan: 21 Julai 2025
Waktu Siaran: Isnin, 9:00 malam
Saluran: Astro Ceria (saluran 611)
Platform Penstriman: Astro GO / sooka
Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin
Produksi: Kl Motion Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Rashidi Ishak sebagai Yunoh
Elly Mazlein sebagai Yusni
Bell Ngasri sebagai Amir
Sazzy Falak sebagai Datin Maimon
Azhar Sulaiman
Kim Azzim sebagai Yazid
Qistina Khaled sebagai Natasha
Syafiq Irfan sebagai Saddiq
Puteri Rafasya
Sufi Nur Imaan
Samsuri Shahrom
Jordan Voon
Mandy Chong
Loganathan Kanabathy
Priscilla Nair
Sinopsis Jutawan Ekspres
Sebuah keluarga yang bergelut dengan masalah kewangan telah berpindah ke kawasan kejiranan yang mewah selepas tanpa diduga menjadi jutawan semalaman. Ini menarik perhatian saudara-mara mereka yang oportunis dan jiran-jiran yang tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan kekayaan baharu mereka. Sambil menikmati kekayaan baru mereka, mereka harus mengharungi cabaran yang mengancam perpaduan keluarga mereka. Kini mereka sedari bahawa wang bukan segala-galanya.