
Saksikan telefilem khas Aidiladha bertajuk 'Bilal dan Abah' lakonan Azhan Rani dan Ummi Nazeera akan disiarkan pada 8 Jun ini pukul 9 malam di TV Alhijrah
Bilal dan Abah
Waktu Siaran: Ahad, 8 Jun 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV Alhijrah
Penulis Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Azhan Rani, Ummi Nazeera, Harun Hashim, Luqman Hafidz
Sinopsis Bilal dan Abah
Kisah seorang pemuda autisme Bilal bin Hashim mahu melauangkan azan di Mekah keranan mengagumi peribadi sahabat baginda Rasulullah SAW, Saidina Bilal bin Rabah hingga sanggup menconteng muka dengan debu arang untuk jadi seperti Saidina Bilal yang berkulit hitam. Bilal bin Hashim gigih mengutip tin kosong dan menjualnya untuk mengumpul duit pergi ke umrah. Dia diketawakan orang kampung. Hendak azan di surau pun dilarang kerana suaranya tidak sedap.