Drama Cinta Untuk Sekali Lagi

Cinta Untuk Sekali Lagi

Nantikan ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd, drama berkonsepkan youth romance ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee yang sama judul.

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Mei 2024, jam 10.00 di slot MegaDrama Astro Ria (saluran 104). Turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Cinta, Untuk Sekali Lagi

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 27 Mei 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, Sooka
Penulis Novel: Liva Vee
Penulis Skrip: Bainun Waheeda, Adib Zaini, Keenkong
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Playwright Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia
Meerqeen sebagai Idlan Zuhairi (Alan)
Haidar Hasanudin sebagai Cikgu Safuan
Malle Christian sebagai Zu
Nik Rifaie sebagai Fazlee
Nina Juren sebagai Mama Alan
Ozlynn sebagai Cikgu Syifa
Alyssa Dezek sebagai Eya
Esma Dainal
Arash Mohd
Zarynn Min
Aiman Ameer

Sinopsis Cinta Untuk Sekali Lagi

Mengisahkan Anne dan Alan yang bertemu kembali selepas lima tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah.

Pertemuan ini menjentik semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya.

Namun dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.

Cinta, Untuk Sekali Lagi