Merewang Keluarga Pak Awang

Merewang Keluarga Pak Awang

Astro Shaw bersama penerbit Infinitus Gold bakal menampilkan filem terbaru untuk platform Astro First, Merewang Keluarga Pak Awang bermula 15 Julai. Filem komedi drama merupakan arahan Adlin Aman Ramlie dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Sabri Yunus, Adriana Adnan, Emelda Rosemila, Fabian Loo, Watie Sadali, Rosdeen Suboh dan Emma Sofea.

Merewang Keluarga Pak Awang

Tarikh Tayangan di Astro First: 15 Julai 2023
Cerita Asal: Syahrul Imran Shariffuddin
Penulis Skrip: Amin Shakib
Pengarah: Adlin Aman Ramlie
Produksi: Astro Shaw & Infinitus Gold
Pelakon: Zizan Razak, Sabri Yunus, Adriana Adnan, Emelda Rosemila, Fabian Loo, Watie Sadali, Rosdeen Suboh, Emma Sofea

Sinopsis Merewang Keluarga Pak Awang

Mengisahkan tentang pesara tentera yang berpangkat komander, Pak Awang ingin mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya secara besar-besaran. Dol iaitu seorang jejaka di kampung mereka cuba untuk menggagalkan perkahwinan tersebut dan telah melancarkan pelbagai helah yang menjadikan situasi majlis perkahwinan huru hara.