Drama My Ofis (iQiyi)

My Ofis

iQiyi telah bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Longhouse Films melancarkan drama komedi bertajuk My Ofis ditayangkan pada 26 Mei 2022. My Ofis menampilkan Aeril Zafrel, Kahoe Hon, Nasz Sally, Alvin Wong, Sherwyn Pang, Pearlly Chua, Sharifa Zhaharah Said Jan Aljeffri, Roana Bugo, Kryston Yang, Rezki Khirat dan ramai lagi. 

My Ofis

Tarikh Tayangan: 26 Mei 2022
Pengarah: Jack You & Eden Wan
Produksi: Longhouse Films
Pelakon: Aeril Zafrel, Kahoe Hon, Nasz Sally, Alvin Wong, Sherwyn Pang, Pearlly Chua, Sharifa Zhaharah Said Jan Aljeffri, Roana Bugo, Kryston Yang, Rezki Khirat

Watak Pelakon 
Aeril Zafrel sebagai KS
Kahoe Hon sebagai Jasper
Nasz Sally sebagai Jessica
Alvin Wong sebagai Paul
Sherwyn Pang sebagai Lucy
Kryston Yang sebagai Skyler
Phraveen Arikiah sebagai Milo

Sinopsis My Ofis

Mengisahkan cabaran seorang pelatih, Jasper, seorang anak muda yang bercita-cita menjadi bintang rock, namun terpaksa mengetepikan impian kemasyhuran kumpulan heavy metal-nya demi menjaga neneknya yang sudah berusia dengan memilih untuk menyertai dunia korporat. Kemudian, Jasper berdepan situasi ‘huru-hara’ dan pelbagai cabaran di  tempat kerja, krisis percintaan dan cabaran politik pejabat, sambil mendambakan kehidupan popular di atas pentas.