Cheritera (TV9)

Cheritera

Sitcom Cheritera diinspirasikan daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih akan mula di siarkan di TV9 pada 11 Disember 2021, setiap Sabtu, jam 8:30 malam.

Cheritera

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 11 Disember 2021
Waktu Siaran: Sabtu, 8:30 malam 
Rangkaian: TV9 slot Dramedy 
Skrip: Adza Irdawati (konsep asal), Adza Emie dan  Adza Haiqal
Pengarah: Dato' Jurey Latiff Rosli
Produksi: Threefive Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jabir Meftah sebagai Hang Zaim
Shalma Eliana sebagai Luna / Merah
Bella Dowanna sebagai Puteri Bella
Saedah Kamaruddin sebagai Puteri Leya
Man Belon sebagai Prof Matias
Erul Samah sebagai Hang Ming
Mira Natasha sebagai Maya
Yamani Abdillah sebagai Badrul 
Ayu sebagai Kasih
Ewan Fauzi sebagai Petro
Syed Norrizman sebagai Wan Kecut
Farisha Irish sebagai Dayang Suraya
Nina Fazurina sebagai Bawang Putih
Ziema Din sebagai Bawang Merah
Vanidah Imran sebagai Nenek Kebayang 
Ziana Zain sebagai Puteri Gunung Ledang
Amir Raja Lawak sebagai Dr Bayang 
Salman sebagai Tuan Dino

Sinopsis Cheritera

Pernahkah anda membayangkan kesinambungan kisah Bawang Merah dan Bawang Putih selepas Bawang Putih berkahwin dengan Putera Raja? Adakah Bawang Merah akan  berdamai dengan Bawang Putih ataupun terus berdendam walaupun sudah mempunyai anak? Ketahui apakah yang akan berlaku pada mereka di zaman moden ini. 

Bawang Putih selamat menikahi Putera Raja iaitu Raja Nazari. Mereka hidup bahagia dengan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Bella yang sudah meningkat dewasa dan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Perwatakan Puteri Bella yang nakal sangat berbeza dengan ibu bapanya. Di kolej, Puteri Bella telah bertemu dengan Luna. Walaupun Luna tidak buat jahat padanya, Puteri Bella amat membencikan Luna. 

Semuanya terungkai kerana Luna ialah anak kepada Bawang Merah. Setelah lama menjejaki Bawang Putih, Bawang Merah sengaja mendaftarkan Luna di kolej yang sama dengan Puteri Bella. Hasrat Bawang Merah ialah mahu menghuru-harakan kehidupan Puteri Bella. Namun, ia sukar direalisasikan kerana Luna seorang yang sangat baik hati dan tidak bersetuju dengan ibunya yang masih mahu membalas dendam. Konflik bertambah selepas kemunculan Hang Zaim dari keturunan Hang Tuah yang telah menaruh hati dengan Luna dan pada masa yang sama Puteri Bella pula bersungguh-sungguh memisahkan hubungan mereka berdua.