Filem Ada Hantu

Ada Hantu

Filem pertama arahan Hairul Azreen, 'Ada Hantu' bakal menemui penonton secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 13 Ogos 2021. 

JUDUL : ADA HANTU
TARIKH TAYANGAN : 13 Ogos 2021
CERITA ASAL : Adrian Teh
LAKON LAYAR : Adrian Teh & Amar Amir
PENGARAH : Hairul Azreen
PRODUKSI : ACT 2 Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zahiril Adzim, Shikin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Dafi, Sophia AlBarakbah, Theebaan. G, Henley Hii, Hakim Nordin, Afiz Aris

WATAK PELAKON 
Zahiril Adzim sebagai Alif
Shikin Kamal sebagai Bariah
Hairul Azreen sebagai Talha
Nafiez Zaidi sebagai Jimmy
Elvina Chua sebagai Sasha

SINOPSIS ADA HANTU
Mengisahkan tentang Aliff (Zahiril Adzim), ‘Youtuber’ dan skeptikal terhadap semua perkara ghaib, yang mencabar rakan-rakannya untuk bermalam di sebuah rumah lama, terbengkalai – dikhabarkan pernah dimiliki oleh jeneral tentera Jepun yang telah menyeksa dan membunuh semua orang di sekelilingnya dengan kejam – untuk membuktikan bahawa hantu itu tidak wujud. Ketika malam menjelang dan Aliff kehilangan rakan-rakannya, dia segera menyedari bahawa rumah itu bukan semua yang dia bayangkan.