Sinopsis Filem BU KASIH SUCI

center> Bu Kasih Suci

Filem BU arahan Jeany Amir bakal menjengah pawagam bermula 11 April ini. Filem ini menerapkan nilai-nilai kasih sayang antara ibu dan anak. Dibintangi oleh Remy Ishak, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Nadiya Nisa, Wan Hanafi Su, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

TAJUK : BU - KASIH SUCI
Tarikh Tayangan : 11 April 2019
Genre : Keluarga
Skrip : Choor Choon Keat, Jeffrey Chiang, Hamiza Binti Abdul Halim
Cerita Asal : Melvin Ang
Pengarah : Jeany Amir
Terbitan : MM2 Entertainment
Pelakon : Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su, Tia Sarah

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Hafiz
Nadiah Bria sebagai Norimah
Dian P.Ramlee sebagai Kak Mah
Mawar Rashid sebagai Diana
Iedil Putra sebagai Zack
Nadiya Nisaa seabgai Aishah
Rashidi Ishak seabgai Norman
Tia Sarah sebagai Julie

SINOPSIS BU - KASIH SUCI
Impian Kak Mah untuk memperoleh cucu mulai retak apabila menantu perempuannya, Diana tidak berhasrat memiliki zuriat dalam masa terdekat kerana memberi fokus terhadap kariernya. Walaupun mendapat sokongan daripada suaminya, Zack namun Kak Mah tidak bersetuju dengan keputusan itu. Lebih teruk lagi, Kak Mah dan Diana juga tidak tahu tentang syarikat arkitek kepunyaan Zack dah gulung tikar dan kini dia masih menganggur. 

filem bu kasih

Aishah , seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai apabila suaminya, Norman yang bekerja sebagai doktor lebih fokus keoada kerjaya. Anak perempuan mereka, Julie pula jarang ada di rumah dan suka bergaul dengan komuniti cosplay. Hubungan di antara Aishah dengan Norman dan Julie semakin renggang menyebabkannya mula meragui keputusan sendiri yang sanggup lepaskan impian sendiri demi keluarga tetapi pengorbanannya tidak dihargai 

Hasrat Hafiz dan isterinya, Norimah termakbul apabila wanita ini disahkan hamil setelah sekian lama mereka menanti berita gembira itu. Walaupun Hafiz yang bekerja sebagai tukang masak dipecat tetapi hubungan mereka semakin rapat malah Norimah menyokong Hafiz untuk mengejar impiannya menjadi novelis. Tetapi disebabkan Norimah yang dah berumur 40 tahun, kandungan bayinya berdepan dengan risiko tinggi dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. 

pelakon filem bu

Keadaan menjadi semakin serius dan garisan kehidupan mereka mula bersilang apabila Zack sedang mengejar Diana yang tengah mengamuk itu terlanggar Aishah yang tertekan dengan layanan ahli keluarganya. Keadaan Aishah tidak stabil dan kemungkinan besar tidak akan sedar lagi. 

Kandungan Norimah juga dalam bahaya apabila dia dan Hafiz hampir dilanggar kereta yang meluncur laju di depan mereka.


Lagu Tema
Tajuk : Kasih Suci 
Penyanyi : Aina Abdul