
Nantikan CHELOT merupakan sebuah filem aksi arahan Adrian Teh bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. Dibintangi oleh Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin dan ramai lagi.
Menariknya, filem ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records. Rekod itu dicipta menerusi kategori Babak Aksi ‘Single Take’ Terpanjang Dalam Filem (Longest Single-Take Action Sequence in a Movie). Babak tersebut dirakam menggunakan 1 kamera untuk adegan sejauh 1.9 kilometer, dan mengambil masa 5 minit 19 saat.
Chelot
Genre: Aksi, Thriller
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2026
Cerita Asal: Adrian Teh, Hiew Chen Wei
Lakon Layar: Adrian Teh, Choong Chi-ren
Pengarah: Adrian Teh
Produksi: ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw, Sunstrong Entertainment, Marvelous Culture & Film, Primeworks Studios
Watak Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Azraf
Shukri Yahaya sebagai Haqqim
Shaheizy Sam sebagai Dato' Bakri
Nadhir Nasar sebagai Chacko
Alicia Amin sebagai Zahra
Azhan Rani sebagai ACP Zafran
Theebaan G sebagai Desmond
Mustaqim bahadon sebagai Fazri
Amir Nafis
Hannah Delisha
Sinopsis Chelot
Selepas satu operasi berisiko tinggi berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa beberapa orang pegawai, Pasukan Operasi Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan pemburuan besar-besaran bagi menumpaskan sebuah rangkaian penyeludupan senjata api yang licik dan terancang.
Dalam pada itu, Inspektor Haqqim, seorang pegawai polis operasi khas yang dihimpit beban hutang serta keretakan rumah tangga terpaksa menjadi pemberi maklumat kepada sebuah sindiket jenayah. Apabila dia bertemu dengan Azraf, orang kanan kepada ketua penjenayah berpengaruh, Dato’ Bakri mengheret Haqqim ke dalam kancah permainan maut antara dunia gelap jenayah dan penguatkuasaan undang-undang, di mana setiap keputusan yang diambil berisiko mengorbankan kerjaya, keluarga, mahupun nyawanya sendiri.
