Drama Diagnosis Cinta (TV1)

Diagnosis Cinta

Saksikan drama bersiri terbaharu 'Diagnosis Cinta' akan disiarkan mulai 1 Ogos ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di TV1 dan RTMKlik. Drama ini mengangkat realiti dunia perubatan di hospital yang sarat dengan cabaran, kemanusiaan dan harapan. Setiap episod memaparkan dilema serta pengorbanan para petugas dan pesakit dalam berdepan keputusan yang melibatkan hidup dan mati.

Diagnosis Cinta

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2026
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Zaini Kosnin
Pengarah: Khairul Anuar (Warna)
Produksi: AYS Protection Sdn Bhd

Watak Pelakon
Syafi Tee sebagai Dr. Zane
Raden Zaharatul sebagai Dr. Maira
Azri Safix sebagai Dr. Aidan
Faizul Syaharin sebagai Prof. Farhan
Jue Aziz sebagai Prof. Sofia
Anita Permata Sari sebagai Jamilah
Muiz Karim sebagai Herman
Mejelyna sebagai Dr Reena
Nizam Kama sebagai Doktor Haris
Arnie Shasha

Sinopsis Diagnosis Cinta

Pertemuan semula Dr. Maira dan Dr. Zane membangkitkan kembali kisah cinta yang tidak pernah benar-benar berakhir, sementara rahsia keluarga, dilema etika perubatan, persaingan profesional serta trauma masa silam menguji setiap keputusan yang dibuat.

Dr. Maira memulakan latihan sebagai pelatih pakar onkologi, namun dikejutkan dengan kemunculan semula Dr. Zane, lelaki yang pernah melukakan hatinya. Ketika mereka berdepan pelbagai kes pesakit kanser, hubungan profesional mereka semakin rumit apabila terbongkar rahsia bahawa Wanie, seorang pesakit remaja, ialah adik tiri Zane yang ditinggalkan bersama ibu kandung mereka suatu ketika dahulu. Trauma silam, rasa bersalah dan konflik keluarga mula mengganggu fokus Zane, sementara Maira semakin memahami luka yang disembunyikannya.

Kemunculan Aris, seorang kanak-kanak yang disahkan menghidap leukemia, menguji kecekapan dan nilai kemanusiaan seluruh pasukan perubatan. Perdebatan tercetus antara pendekatan rawatan konvensional dan kajian klinikal eksperimental yang dibawa oleh Prof. Sofia, sehingga membawa kepada konflik etika dalam hospital. Dalam masa yang sama, hubungan Zane dan Maira semakin renggang apabila kisah silam mereka mula diketahui, manakala persaingan kuasa antara Prof. Sofia dan Prof. Farhan semakin memuncak dengan kemasukan pesakit VIP, Dato’ Shah.

Desakan Dato’ Shah agar Prof. Farhan kembali melakukan pembedahan memaksanya berdepan trauma terbesar yang menghantui kerjayanya. Pada masa sama, Reena mengetahui rahsia yang selama ini disembunyikan Farhan, manakala Aidan akhirnya meluahkan segala kekecewaan terhadap ayahnya.

Selepas pembedahan yang penuh debaran, setiap watak mula berdamai dengan masa silam masing-masing. Adakah Zane membuka pintu kemaafan kepada ibunya? Bagaimana pula dengan pengakhiran hubungan Zane dan Maira?