Drama Boss Kid (TV3)

Boss Kid

Nantikan drama komedi keluarga, Boss Kid, mengangkat kisah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang berjaya mengubah kehidupan keluarganya menerusi kreativiti, keberanian dan kebijaksanaan memanfaatkan media sosial. Boss Kid disiarkan bermula 21 Ogos 2026, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di tonton.

Boss Kid

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2026
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Shaza Talib & Eja Lorena
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Jaja Ishak Channel Sdn Bhd

Watak Pelakon
Datuk Fizz Fairuz sebagai Izham
Noorkhiriah sebagai Rafidah
Syed Irfan sebagai Rizqin Irfan
Qistina Raisah sebagai Ryhana
Ummar Dzariff sebagai Idris
Arash Mohd sebagai Hussein
Raja Azmi sebagai Mak Siti
Ikhram Juhari sebagai Chairil Miming
Ungku Hariz sebagai Afzan
Iramakush sebagai Zafirah
Shyrim Husni sebagai Kamal
Riena Amirah sebagai Alesya
Jannah Izwandy sebagai Liza
 

Sinopsis Boss Kid

Mengisahkan keluarga Izham yang berdepan cabaran hidup selepas kehilangan sumber pendapatan. Dalam keadaan serba mencabar itu, harapan baharu muncul daripada insan yang paling tidak disangka, anak mereka sendiri.

Petah berkata-kata dan kreatif menghasilkan kandungan digital, Rizqin Irfan (Syed Irfan) tidak menyangka minatnya terhadap media sosial bakal menjadi titik perubahan buat keluarganya. Melihat potensi yang dimiliki anak mereka, Izham (Datuk Fizz Fairuz) dan Rafidah (Noorkhiriah) mengambil keputusan untuk memanfaatkan pengaruh Rizqin Irfan bagi mempromosikan perniagaan keluarga. Dari situlah lahirnya gelaran ‘Bos Kecik’.

Berbekalkan idea kreatif dan keyakinan yang tinggi, Rizqin Irfan berjaya menarik perhatian ramai sehingga perniagaan Burger Malaysia milik keluarganya mula mendapat sambutan. Namun, gelaran ‘Bos Kecik’ bukan sekadar panggilan apabila telatah serta sikapnya yang gemar memberi arahan kepada ahli keluarga mencetuskan pelbagai situasi lucu dalam usaha mereka mengembangkan perniagaan.

Di sebalik kejayaan yang mula dikecapi, keluarga Izham turut berdepan pelbagai cabaran apabila muncul pihak yang tidak senang melihat perkembangan perniagaan mereka. Persaingan, hasad dengki dan pelbagai rintangan menguji kekuatan mereka untuk mempertahankan perniagaan yang dibina bersama.

Mampukah Rizqin dan keluarganya mempertahankan empayar perniagaan yang dibina bersama apabila dilanda pelbagai cabaran dan persaingan sengit?