
Saksikan telefilem sempena Aidiladha bertajuk “Siti Hajar” pada 27 Mei 2026 pukul 9 malam di aplikasi AlHijrah Plus.
Siti Hajar
Waktu Siaran: Rabu, 27 Mei 2026, 9:00 malam
Platform Penstriman: Alhijrah Plus
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pelakon: Zahiril Adzim, Siti Elizad, Aishah Azman, Fadilah Mansor, Faezah Elai
Sinopsis Siti Hajar
Siti Hajar seorang anak perempuan yang berperwatakan kasar dan gemar hidup bebas terpaksa menjaga ibunya yang mengidap Alzheimer. Dalam kekeliruan ingatannya, si ibu sering memanggil anaknya "Hajjah", kerana menyangka Hajar adalah dirinya sewaktu muda. Demi menenangkan hati ibunya, dia terpaksa berpura-pura menjadi wanita solehah. Namun tanpa disedari, setiap lakonan itu perlahan-lahan menyentuh jiwanya, hingga mengubah dirinya menjadi insan yang benar-benar lebih baik.