
Saksikan drama 'Cahaya Anak Lorong' mengangkat kisah remaja yang sering dipinggirkan dalam masyarakat. Bakal bersiaran mulai 7 Mei 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Cahaya Anak Lorong
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 7 Mei 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip: Adza Emie & Azal Ezreen
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache Allstar United Sdn Bhd
Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Cikgu Amir
Ranea Ezreen sebagai Sofea
Fariz Isqandar sebagai Bad
Areef Amran sebagai Hakimi
Syad Mutalib sebagai Balqis
Azrell Iskandar sebagai Mok
Balkisyh Semundur Khan sebagai Farah
Shazia Rozaini sebagai Julia
Shah Faris sebagai Pian
Adam Corrie sebagai Zulkarnain
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Perjalanan
Penyanyi: Ernie Zakri &Andi Rianto
Komposer & Lirik: Andi Rianto & Ernie Zakri
Sinopsis Cahaya Anak Lorong
Dipindahkan ke Sekolah Bimbingan Kasih (SBK), Cikgu Amir (Izzue Islam) hanya mahu keluar secepat mungkin. Di situ, dia berdepan pelajar yang hidup di luar norma, bermasalah dan tiada arah.
Sofea (Ranea Ezreen), Bad (Fariz Isqandar) dan Mok (Azrell Iskandar) ialah anak-anak lorong yang hidup dengan cara sendiri, termasuk menyeluk saku untuk bertahan. Kelicikan mereka menarik perhatian Hakimi (Areef Amran), pemuda setempat yang merekrut golongan jalanan sebagai keldai dadah. Sofea yang berjiwa memberontak pula sering mengenakan guru-guru di SBK, termasuk Cikgu Amir yang dilabel sebagai “kekwat”.
Apabila tekanan memuncak, Amir cuba memohon untuk ditukarkan. Namun, dia diberi syarat untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut lulus ujian 3M, membaca, menulis dan mengira. Dari situ, dia mula mengenali mereka. Dalam dunia yang penuh manipulasi dan bahaya, mampukah dia benar-benar keluar, atau segalanya akan menariknya lebih dalam?