
Saksikan telefilem Vibrasi Ayat-Ayat Tuhan arahan Khir Rahman akan ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi AlHijrah Plus pada Sabtu, 27 Disember 2025, jam 9.00 malam.
Vibrasi Ayat-Ayat Tuhan
Waktu Siaran: Sabtu, 27 Disember 2025, 9.00 malam
Platform Penstriman: Alhijrah Plus
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Khir Rahman
Produksi: Eccentro Distro Sdn Bhd
Pelakon: Remy Ishak, Julia Farhana Marin, Hilal Azman, Hamidah Wahab, Taqim Zaki, Neera Azizi, Shyrim, Haqiqat Hamzah, Yusran Hasyim, PU Ustaz Rozi Harun
Sinopsis Vibrasi Ayat-Ayat Tuhan
Seorang usahawan berjaya dikejutkan oleh getaran misteri di rumah barunya - getaran yang membawa suara ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir. Sedikit demi sedikit, rahsia dosa silamnya sebagai seorang scammer terbongkar, menggoncang nurani dan memaksa dirinya berdepan kebenaran.