
Saksikan telefilem Saling Tak Terlihat arahan Izuan Mokhtar yang bakal disiarkan pada 6 November 2025, jam 9.00 malam eksklusif di platform UTV.
Saling Tak Terlihat
Tarikh Tayangan: 6 November 2025
Platform Penstriman: UTV
Penulis Skrip: Marr Mohamad
Pengarah: Izuan Mohktar
Terbitan: Usanita Entertainment Sdn Bhd
Watak Pelakon
Remy Ishak sebagai Ghazwan
Nora Danish sebagai Safeera
Fattah Amin sebagai Ezmir
Alicia Amin sebagai Sofea
Umie Aida sebagai Tokti
Aleza Shadan sebagai Puan Suraya
Raja Azmi sebagai Safiyah
Lagu Tema
Tajuk: Jadikan Aku Nadi Hidupmu
Penyanyi: Lah Ahmad
Komposer & Lirik: Ajai
Sinopsis Saling Tak Terlihat
Mengisahkan Ghaz (Remy Ishak), seorang cef yang hilang semangat selepas pemergian ibunya yang terkenal dalam dunia kulinari. Mencari ketenangan dan ilham baharu, Ghaz membawa diri ke Auckland bersama adik dan rakan sekerjanya (lakonan Fattah Amin dan Alicia Amin).
Di sana, dia bertemu Safera (Nora Danish), seorang gadis buta yang mengubah hidupnya. Safera menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk Ghaz kembali bangkit. Namun, satu salah faham memisahkan cinta yang baru berputik.