
Nantikan drama bersiri Safira (Bukan Nama Sebenar) akan disiarkan di platform penstirman iQIYI bermula 7 November 2025, episod baru setiap Jumaat dan Sabtu jam 9 malam. Drama 12 episod terbitan MIG Production diarahkan oleh Ejump Mohd. Menampilkan pelakon seperti Elvina Mohamad, Redza Rosli, Aaron Aziz, Sazzy Falak dan ramai lagi.
Safira
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 7 November 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Platform Penstriman: iQIYI
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: MIG Production
Watak Pelakon
Elvina Mohamad sebagai Nilam / Safira
Redza Rosli sebagai Azam
Aaron Aziz sebagai Dato Rahman
Sazzy Falak sebagai Datin Laila
Natasha Sass sebagai Julia
Hazeeq Dean sebagai Syahid
Malek Mccrone sebagai Chester
Emelda Rosmila sebagai Intan
Shakley Wong
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tak Adil
Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno, Radi
Lirik: Aisha Retno
Sinopsis Safira
Dari Nilam ke Safira, seorang gadis biasa yang nekad membalas dendam selepas maruahnya dihina. Namun di dunia elit yang penuh kilauan; cinta, kuasa dan pengkhianatan menanti di setiap langkahnya. Pertemuannya dengan Azam, lelaki yang disangka kaya tetapi hanyalah pemandu kepada Syahid (anak Dato’ ternama), membuka pintu takdir yang tak pernah dibayangkannya. Namun, maruah Nilam tercalar apabila dihina Syahid di kelab mewah. Dari detik itu, tekadnya bulat: dia akan bangkit, dan dunia elit itu bakal mengenal siapa dirinya.
Kehadiran Datin Laila, wanita elegan penuh rahsia, menjadi titik perubahan kepada Nilam. Dengan bimbingan Datin Laila, Nilam lahir semula sebagai Safira; seorang wanita yang Mempersona, Berani, dan Berkelas. Namun dunia elit tidak seindah yang dibayangkan. Safira terjebak dalam cinta penuh rahsia, berdepan lelaki berbahaya seperti Chester De Guerra, dan dihimpit dilema apabila jatuh hati kepada Dato Rahman, suami kepada mentornya sendiri.
Pada masa sama, Azam, seorang lelaki sederhana yang pernah membantunya, terus setia di sisinya. Di antara cinta, kuasa, dendam dan pengkhianatan, Safira harus memilih, adakah dunia elit benar-benar jawapan impiannya, atau sekadar ilusi penuh luka?