
Nantikan filem Banduan terbitan Astro Shaw dan produksi Number Twenty One Media, bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 6 November ini. Filem aksi ini diinspirasikan daripada filem pecah panggung India iaitu Kaithi dan dibawah arahan Kroll Azry. Menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Rosyam Nor, Afdlin Shauki,Fadhli Masoot dan Abi Madyan
Banduan
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 6 November 2025
Penulis Skrip: Kroll Azry, Lokesh Kanagaraj, Nazri Vovinski
Pengarah: Kroll Azry
Produksi: Number Twenty One Media
Terbitan: Astro Shaw
Watak Pelakon
Aaron Aziz sebagai Dali
Rosyam Nor sebagai Inspektor Johari
Afdlin Shauki sebagai Sergeant Yahya
Fadhli Masoot sebagai Koboi
Abi Madyan sebagai Rejab
Adlin Aman Ramlie
Amir Nafis sebagai Farid
Esma Daniel
Hushairi Husain
Hawra Jamalullail sebagai Hana
Meynillen Thamil Selvan sebagai Naga
Dayang Areeda
Joshua Michael
Zairi Aziz
Shashi Tharan
Sasidaran sebagai Sarjan Devan
Sinopsis Banduan
Mengisahkan Inspektor Johari menjadi sasaran balas dendam dan ingin menyelamatkan rakan anggota polis yang lain.
Jadi dia terpaksa bekerjasama dengan Dali, seorang bekas banduan yang ingin menebus masa silam demi anaknya.
Sementara itu, ketua gengster, Rejab menyerang balai polis untuk membebaskan abangnya, Azarudin.
Kini, Johari dan Dali harus berdepan dengan Rejab dan bakal menentukan sama ada undang-undang atau kekejaman yang akan menang?