Drama Bahagia Yang Tertangguh

Bahagia Yang Tertangguh

Nantikan drama adaptasi novel Bahagia Yang Tertangguh karya Rissa Ahdiya akan disiarkan di slot MegaDrama bermula 17 November 2025, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka.

Bahagia Yang Tertangguh

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 17 November 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Novel: Rissa Ahdiya
Penulis Skrip: Oka Aurora
Pengarah: Osman Ali
Produksi: iFAME

Watak Pelakon
Nad Zainal sebagai Nurin Hana
Kamal Adli sebagai Armin
Izzue Islam sebagai Zakwan
Mimi Ernida sebagai Azrin Sofea
Rozita Che Wan sebagai Juriah
Riz Amin sebagai Saleh
Iqbal Riezky sebagai Fahri
Norreen Iman
Adrean Mateen sebagai Raiqal
Rosnah Johari sebagai Rahimah
Muaz Fitri
Nina Juren

Sinopsis Bahagia Yang Tertangguh

Selama lapan tahun, Nurin Hana memendam rasa dan hidup dalam penderitaan di bawah kawalan keluarga mentuanya. Dia bukan sahaja dibuli oleh ipar-duai sehingga tidak pernah dibenarkan beraya di kampung sendiri, malah suaminya, Zakwan, yang tergolong dalam kategori 'adik kakak', tergamak memintanya membayar sewa rumah mereka.

Walaupun dilayan dengan buruk, cinta Hana pada Zakwan tidak pernah pudar sehinggalah dia menemui bukti kecurangan suaminya dengan seorang janda jelita bernama Azrin Sofea. Penghinaan Zakwan dan Azrin Sofea memuncak apabila Hana diceraikan dengan talak, yang dirasakan bagai vonis kematian bagi segala ketaatan dan kesetiaannya.

Hancur luluh, Hana bangkit demi permata hatinya. Namun, Zakwan yang mula rasa kehilangan dan diserbu penyesalan, kembali merayu Hana untuk rujuk semula demi anak mereka, Raiqal.

Pada masa yang sama, muncul Armin, seorang lelaki yang hadir menawarkan cinta yang tulus dan sedia memberi sinar harapan baru dalam hidup Hana.

Kini, Hana berada di persimpangan dilema. Haruskah dia kembali kepada Zakwan yang mengkhianatinya, membuka hati untuk Armin yang menjanjikan bahagia, atau memilih kehidupan solo demi menjamin hatinya tidak akan dilukai lagi?