
Nantikan filem seram 'Munajjim: Sekutu Iblis' membawa kisah tentang sebuah keluarga yang terlalu bergantung kepada bomoh dalam setiap urusan hidup mereka. Diarahkan oleh Faizul A. Rashid, terbitan Yusrych Global Sdn Bhd. Dibintangi oleh Farid Kamil, Uqasha Senrose, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Saksikan Munajjim: Sekutu Iblis bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Julai 2025
Munajjim: Sekutu Iblis
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2025
Idea Asal: Yusry Makmor,Zafran Aziz, Rozita Mat Isa
Penulis Skrip: Muzzamer Rahman
Pengarah: Faizul A. Rashid
Produksi: Yusrych Global Sdn Bhd
Watak Pelakon
Farid Kamil sebagai Ayden
Uqasha Senrose sebagai Zara
Juliana Evans sebagai Delina
Mustaqim Bahadon sebagai Shazlan
Sherie Merlis sebagai Puan Sri Khaleeda
Daniel Aqil sebagai Iman
Hafiz Nafiah sebagai Salim
Ruzaidi Abdul Rahman
Sinopsis Munajjim Sekutu Iblis
Mengisahkan amalan dua beranak yang taksub dengan bomoh yang akhirnya mengundang padah apabila si anak menggunakan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap bekas kekasih isterinya yang mengganggu rumah tangga mereka dengan sihir tetapi ilmu hitam itu berpatah balik dan mengancam nyawa mereka sekeluarga.