Legasi Bomba The Movie

Legasi Bomba The Movie

Nantikan filem Legasi Bomba The Movie arahan James Lee dan Frank See akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Ogos 2025.Menampilkan pelakon seperti Ben Amir, Nas Muammar Zar (Nas-T), Henley Hii dan ramai lagi.

Legasi: Bomba The Movie

Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2025
Skrip: James Lee, Haslee Idayu Remlee, Frank See
Pengarah: James Lee & Frank See
Produksi: Multimedia Entertainment Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Amir
Nas-T sebagai Eddy
Henley Hii sebagai Jordan
Hairie Othman sebagai Tuan Anuar
Ammar Alfian sebagai Razak
Fad Anuar sebagai Syafiq
Abbas Mahmood sebagai Fahmi
Mathni Razak sebagai Hisham
Sasidaran sebagai Sanjay

Sinopsis Legasi Bomba The Movie

Setelah berjaya menyelamatkan beberapa pendaki remaja daripada Gunung Kinabalu, Amir seorang ahli Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat (STORM) dan mentornya Eddy menjadi semakin akrab. Namun Eddy telah terlibat di dalam kemalangan yang tragis dan Amir berasa bersalah atas kejadian itu.

Apabila menara TEXVIN 118 terbakar, Amir telah ditugaskan untuk mengetuai misi penting ini. Keadaan menjadi lebih tegang apabila ada anggota bomba turut terperangkap di dalam bangunan tersebut. Adakah Amir akan berjaya menyelamatkan mereka atau tragedi lampau akan berulang?