
Nantikan drama bersiri Hilang Kasyorga akan ditayangkan bermula 23 Jun 2025, setiap hari Isnin jam 11 malam di saluran DEGUP (Unifi TV, Channel 120). Drama bergenre kekeluargaan dan suspense thriller sebanyak 6 episod. Menampilkan pelakon seperti Kamal Adli, Nabila Huda, Adra Mikayla, Luqman Hafiz, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.
Hilang Kasyorga
Episod: 6
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2025
Waktu Siaran: Isnin, 11:00 malam
Rangkaian: DEGUP (Unifi TV Originals)
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Watak Pelakon
Kamal Adli sebagai Rodi
Wan Adra Mikayla sebagai Kasyorga
Nabila Huda sebagai Datuk Zaza
Luqman Hafidz sebagai Reza
Azhar Sulaiman sebagai Pak Bakar
Arfie Shah sebagai Ram
Hariz Hamdan
Ellie Suriaty
Abdul Khaliq
Hafizzuddin
Fadilah Mansor
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Biar Aku Tahu
Penyanyi: Aepul Roza
Sinopsis Hilang Kasyorga
Mengisahkan seorang kanak-kanak jalanan bernama Kasyorga (Adra Mikayla) yang tiba-tiba hilang tanpa jejak ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya.
Kehilangannya mencetuskan panik dalam kalangan komuniti setempat, terutamanya bapa angkatnya, Pak Bakar (Azhar Sulaiman), yang kemudian meminta bantuan jirannya, Rodi (Kamal Adli) iaitu seorang bekas pembunuh upahan untuk mencari anak tersebut.
Dalam masa yang sama, Rodi turut menerima arahan untuk membunuh seorang ahli perniagaan wanita ternama, Datuk Zaza (Nabila Huda), yang terpalit dengan skandal seks bersama pemandu dan pembantu peribadinya, Reza (Luqman Hafiz).
Siasatan membawa Rodi menyelami dunia gelap skandal, sindiket pemerdagangan manusia, dan penjenayah kejam yang berselindung di sebalik wajah penyayang. Dalam usahanya mencari Kasyorga, Rodi terpaksa berdepan dengan masa silamnya dan membuat pilihan sukar yang bakal menentukan hidup mati seorang kanak-kanak.