
Saksikan BRU siri arahan Nik Amir Mustapha akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Tonton bermula 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis.
BRU
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2025
Hari Siaran: Isnin - Khamis
Platform: Tonton
Skrip: Hadi M. Nor
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Produksi: Lumatic Films
Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Shah
Siti Hariesa sebagai Hani
Amerul Affendi sebagai Ajan
Luqman Hafidz
Rahim Omar
Azman Hassan
Fazlina Ahmad Daud
Akmal Ahmad
Riezman Khuzaimi
Nasz Sally
Mia Sabrina
Fazleena Hishamuddin
Bidin Al Zaifa
Fathi Shafie
Jasni Fizul
Sinopsis BRU
Mengisahkan Shah, seorang ‘mover’ berjiwa besar yang menyimpan impian besar untuk memiliki perniagaan kopi sendiri dari van buruk warisan ayahnya. Tapi mimpi itu, seperti yang kita tahu dalam dunia nyata, bukan semudah ABC. Shah terpaksa berdepan dengan masalah modal, tekanan pesaing, kerenah pelanggan elit, dan cabaran teknikal yang kadang-kadang buat kepala hampir meletup.
Lebih menguji, Shah perlu bergelut dengan sifat panas barannya sendiri yang sering mengeruhkan hubungan dengan kawan-kawan dan pelanggan. Di saat semangat membara, adakalanya Shah lupa bahawa kejayaan tanpa sahabat dan keluarga hanyalah kemenangan kosong.