
Nantikan musim baharu drama bersiri 'Aku Bukan Ustazah 2' bakal disiarkan menerusi slot Lestary TV3 bermula 10 Mei ini. Drama arahan Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Menampilkan pelakon seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Nabil Aqil, Qistina Rania dan ramai lagi.
Saksikan Aku Bukan Ustazah 2 pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam, hanya di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.
Aku Bukan Ustazah 2
Episod: 35
Tarikh Tayangan: 10 Mei 2025
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Ayuni Zamani, Azda Emie
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Erysha Emyra sebagai Aminah
MK K-Clique sebagai Adam
Zahiril Adzim sebagai Omar
Nabil Aqil sebagai Dr. Syafiq
Qistina Rania sebagai Ustazah Hawa
Shaza Bae sebagai Sam / Salmah
Haneesya Hanee sebagai Sally
Syad Mutalib sebagai Haziqah
Fikhree Bakar sebagai Aslam
Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid
Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad
Fadilah Mansor sebagai Ustazah Fatimah
Ahmad Syafiq sebagai Azhar
Lagu Tema (OS)
Tajuk: Larut
Penyanyi: Tomok
Komposer & Lirik: A.R.T, Amylea, FAI
Sinopsis Aku Bukan Ustazah 2
Aminah (Erysha Emyra) dan Adam (MK K-Clique) melalui fasa yang bahagia melayari rumah tangga bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua. Namun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila Omar (Zahiril Adzim) muncul semula, menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya. Adakah kembalinya Omar dengan niat yang tulus, atau terselit agenda jahat di sebalik tutur katanya yang manis?
Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri. Di saat dia hampir rebah, muncul pula seorang Dr. Syafiq (Nabil Aqil), yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan.
