Filem Abah Saya Uncle Mike

Abah Saya Uncle Mike

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama 7 Up dan Mirinda ini diinspirasikan daripada kisah sebenar seorang lelaki berbangsa Cina, Michael Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike yang membesarkan tiga anak berbangsa Melayu. Penonton boleh menyaksikan filem ini di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2025.

Abah Saya, Uncle Mike merupakan filem cereka pertama arahan Ezrie Gazali yang sebelum ini mengarahkan program realiti tv, iklan komersil, serta drama bersiri popular ‘Kiblat ke Syurga’. Dikendalikan produksi Le Mediator Studios, skripnya ditulis Muzzamer Rahman, Nik Naemah, Ezrie Gazali, Kyle Goonting, Yoke Yeng, Catalina Mae Hubbard dan Samuel Sin.

Abah Saya, Uncle Mike

Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2025
Penulis Skrip: Muzzamer Rahman, Nik Naemah, Ezrie Gazali, Kyle Goonting, Yoke Yeng, Catalina Mae Hubbard & Samuel Sin
Pengarah: Ezrie Gazali
Terbitan: Astro Shaw
Produksi: Le Mediator Studios

Watak Pelakon
Andy Teh sebagai Uncle Mike
Idan Aedan sebagai Rafie
Nor Merah sebagai Rasyid
Umar Shakur sebagai Rahman
Pauline Tan sebagai sebagai Nancy
Chew Kin Wah sebagai Mr Tong
Mandy Chong sebagai Mrs Tong
April Chan sebagai Pearl
Han Zalini sebagai Syafiq
Nadiya Nisaa sebagai Ummi
Sobri Anuar sebagai Shaari

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lelah
Penyanyi: Mark Adam

Sinopsis Abah Saya Uncle Mike

Mengisahkan Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang penuh dengan penderaan bersama adik-adiknya demi mencari kehidupan yang lebih baik. Namun, apabila mereka dipisahkan dengan kejam, Rafei diselamatkan buat sementara oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang baik hati, Uncle Mike. Dalam usahanya untuk menyatukan kembali keluarganya, ketiga-tiga beradik dan Uncle Mike akhirnya terpaksa berdepan dengan makna sebenar sebuah keluarga dan menyedari bahawa ‘Keluarga Bukan Sekadar Pertalian Darah’.