
Saksikan drama bersiri 'Cikgu Diva' menerusi slot Lestary bermula 31 Januari 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Menampilkan barisan pelakon muda berbakat seperti Eyka Farhana, Fitri Farok, Syad Mutalib, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Danish Hazriq dan ramai lagi. Drama ini juga tersedia di Tonton melalui tonton.com.my atau memuat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.
Cikgu Diva
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 31 Januari 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Shaza Talib & Suzanna Zaily Zin
Pengarah: Kyoll Hamzah & Eyzan Hassan
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd
Watak Pelakon
Eyka Farhana sebagai Cikgu Rosalinda
Fitri Farok sebagai Cikgu Adam
Syad Mutalib sebagai Cikgu Sofia
Kana Fly sebagai Cikgu Kana
Syed Irfan sebagai Haikal
Duerra Mitilda sebagai Hani
Danish Hazriq sebagai Amir
Zarynn Min sebagai PK1
Ziha Salleh sebagai Atikah
Taufiq Hanafi sebagai Saiful
TJ Chopra sebagai Pengetua
Lagu Tema (OST)
Pelangi - Amir Hasan
Jodoh - Han Byul
Sinopsis Cikgu Diva
Mengisahkan Cikgu Ros (Eyka Farhana), seorang guru Bahasa Melayu yang memikat dengan kecantikan dan personalitinya. Suatu hari, pengetua mengadakan mesyuarat tergempar dan melantik Cikgu Ros sebagai guru penasihat rumah sukan biru serta guru kelas Tingkatan Dua Baiduri, membuka lembaran baharu dalam kerjayanya sebagai pendidik.
Namun, tugas barunya bukan sesuatu yang mudah. Cikgu Ros yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti sukan kini perlu membimbing rumah sukan biru, pasukan yang sering menduduki tempat tercorot di Hari Sukan Sekolah. Dia cuba mendapatkan bantuan kakaknya serta tiga pelajar Amir, Haikal dan Hani, tetapi Haikal, yang berbakat dalam sukan, enggan membantu kerana masalah keluarga yang dihadapinya.
Selain tanggungjawab sebagai guru kelas dan penasihat rumah sukan, Cikgu Ros turut sering bertelagah dengan Cikgu Adam (Fitri Farok), penasihat rumah sukan kuning yang saban tahun menjuarai Hari Sukan. Keadaan menjadi lebih rumit apabila timbul konflik cinta antara Cikgu Ros, Cikgu Adam, Cikgu Sofea (Syad Mutalib), dan Cikgu Kana (Kana Fly). Rasa cemburu terhadap hubungan Cikgu Ros dan Cikgu Adam mendorong Cikgu Sofea merancang sesuatu untuk menjatuhkan Cikgu Ros.
Mampukah Cikgu Ros menangkis muslihat Cikgu Sofea? Berjayakah dia membawa rumah sukan biru ke puncak kemenangan?
