
Filem terbaharu arahan Aziz M. Osman, berjudul 6 Jilake, akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 24 April 2025. Filem aksi, 6 Jilake tampil sebagai sebuah komedi rakyat yang padat dengan unsur budaya tempatan, kisah sejarah, dan semangat perjuangan yang mengangkat identiti nasional.
6 Jilake
Genre: Komedi, Aksi
Tarikh Tayangan: Februari 2025
Penulis Skrip: Aziz M. Osman
Pengarah: Aziz M.Osman
Produksi: Eartistic Sdn Bhd
Watak Pelakon
Amerul Affendi sebagai Sikuping
Bell Ngasri sebagai Kasturi
Saiful Apek sebagai Nagasari
Kazar Saisi sebagai Tok Lepat
Asmidar Asmidar sebagai Kaswi
Kamarool Yusof sebagai Serabai
Laura Olivia sebagai Sira
Wan Gegau sebagai Badak Berendam
Wan Raja sebagai Sepit
Mamak Puteh sebagai Kelubis
Jalil Hamid sebagai Orang Kaya Besar
Soya sebagai Kole Kacang
Chaoi Power sebagai Pulut Panggang
Myza Rafika sebagai Tart Nenas
Pangiran Aduka sebagai Bingkaubi
Adam John sebagai Vebrugge
Azrel Ismail sebagai Bacang
Amy Nur Tinie sebagai Suji
TJ Isa sebagai Bengkang
Remy Ishak sebagai Talam
Maria Farida sebagai Bedah
Ayda Jebat sebagai Kuntum
David Teo sebagai Pendulang Cina
Fauziah Nawi sebagai Mak Naga
Abon sebagai Penumpang Sampan
Shashic Lewan sebagai Penumpang Sampan
Sinopsis 6 Jilake
Mengisahkan tentang sekumpulan samseng upahan yang dikenali sebagai '6 Jilake' yang ditugaskan oleh syarikat penjajah Hindia Timur Belanda untuk menakluk dan memonopoli lombong bijih timah di negeri Perak.
Namun, misi mereka tidak semudah yang disangka apabila mereka berdepan dengan seorang pendekar kampung yang hebat dan sukar dikalahkan. Pendekar ini, yang mewakili semangat rakyat, menjadi penghalang utama dalam misi penjajahan mereka. Di sinilah bermulanya konflik hebat yang penuh aksi dan pertarungan, namun diselitkan dengan unsur jenaka yang cukup mencuit hati.
