Lumping Putih (TV1)

Lumping Putih

Saksikan telefilem khas sempena Maal Hijrah bertajuk 'Lumping Putih' arahan Epo Jenon akan menemui penonton pada 6 Julai ini, pukul 10.00 malam di slot Panggung RTM TV1 juga melalui penstriman RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Lumping Putih

Waktu Siaran: Sabtu, 6 Julai 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Roydy Rokidy
Pengarah: Epo Jenon
Produksi: Unit Drama TV RTM 
Pelakon: Zaidi Omar, Azizah Mahzan, Soffi Jikan, Akmal Ahmad, Amalina Arham, Hazrat Muaz, Adam Ikmal, Ruzaidi Abd Rahman, Asmidar

Sinopsis Lumping Putih

Mengisahkan tentang keluarga yang merupakan penerus warisan tarian kuda kepang. Mim Lazim merupakan ayah kepada Alif Narbawi, Lam Nasyrah dan Mim Iqlab. Mim Lazim mahu menurunkan warisan kuda kepang kepada anak sulung Alif Narbawi, namun Mim Iqlab tidak setuju kerana ayahnya mahu mengekalkan kuda kepang tradisional yang ada ritual pembuka dan penutup.

Pada masa sama wujud watak Megat yang merupakan orang kepercayaan Mim Lazim cuba untuk menagih janji menjadikannya pewaris penerus generasi kuda kepang kumpulan mereka. Namun apabila Mim Lazim mungkir janji, dia mula menyimpan dendam dalam diam.

Sementara itu, Mim Iqlab mahu memberi nafas baru dan tiada lagi ritual-ritual khurafat. Mim Lazim yang skeptikal tidak setuju apatah lagi Mim Iqlab seorang perempuan. Atas sebab konflik yang berlaku ini Mim Lazim jatuh sakit. Dapatkah Mim Lazim melihat kesungguhan Mim Iqlab dan terbuka menerima perubahan?