Filem Sheriff Narko Integriti (2024)

Sheriff

Sheriff yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara merupakan sentuhan terbaru pengarah filem aksi box office nombor satu Malaysia, Polis Evo 3, iaitu Syafiq Yusof. Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April.

Perbezaan di antara naskhah Sheriff dengan filem kepolisan yang lain ialah subjek ‘polis tangkap polis’. Ia menampilkan konsep baru yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan yang dipanggil ‘reverse whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘howcatchem’, sebuah konsep di mana penonton sudah tahu siapa pembunuh tetapi bagaimana dia akan ditangkap.

Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki. 

Watak-watak di dalam filem Sheriff digerakkan oleh barisan pelakon hebat tempatan seperti, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi. Zul Ariffin menyerlahkan sisi berbezanya menerusi watak Sheriffudin Hussein, di mana penonton akan mengalami pelbagai konflik emosi sehingga menimbulkan perasaan ‘love-hate’ terhadap karakter ini.

Selain itu, Sheriff turut mempersembahkan babak-babak aksi memukau di antara Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz dan Syafiq Kyle, serta penampilan pertama Azira Shafinaz sebagai Inspektor Polis yang beraksi lasak apabila berdepan dengan Elizabeth Tan.

Sheriff

Genre: Aksi Thriller
Tarikh Tayangan: 18 April 2024
Cerita Asal: Syafiq Yusof
Lakon Layar: Nazifdin Nasrudin, Syafiq Yusof
Pengarah: Syafiq Yusof
Produksi: Skop Productions & Astro Shaw

Barisan Pelakon 
Zul Arifin sebagai Sheriff
Syafiq Kyle sebagai Nazri
Azira Shafinaz sebagai Sha
Elizabeth Tan sebagai Jane
Dato’ Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit
Sharuddin Tamby sebagai Malik 
Nick sebagai Hong
Meynillen sebagai Naga
Amir Nafis sebagai Farouk
Kodi Rasheed sebagai Daus
Esma Danial sebagai Roslan
Hazama sebagai Amirul Asyraff
Azri Iskandar sebagai Husin
Kamal Affendi sebagai Afsham
Shryim sebagai Rudy
Natasha Mahyan sebagai Wani

Sinopsis Sheriff

Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas dari cengkaman undang - undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. 

Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada didalam Jabatan Narkotik itu sendiri.