![Rona Bosphorus Rona Bosphorus](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzRd5m11fW1A9i4tSGkGhHhTWnNLqTfPBR80Vnnw5SU6jitOn8-ZkkeIjt23bTrappfQpPpQ7UNu0i3P-JO30fHJaarjrcnetnueILnkM82gRkHtipPmlNgp_qBHdufjHJGqYG7Dqv8pRblIO1qNsG0WHPY_UmXq0V3Qk1bblJCHLRyL_Mp8zle0_v1y1_/s16000/Rona%20Bosphorus.jpg)
Nantikan drama adaptasi novel Rona Bosphorus karya Dr Zaid Akhtar akan datang di TV Okey bermula 1 Januari 2025, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam. Drama bersiri 26 episod ini diarahkan oleh Khalid Nadzri. Mengandingkan Syafi Tee dan Husna Mustaffa sebagai pelakon utama.
Rona Bosphorus
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 1 Januari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Zabidi Mohamed, Farhana Fauri, Anshari Rahizan
Pengarah: Khalid Nadzri
Produksi: SA Dinamik Sdn Bhd
Watak Pelakon
Syafi Tee sebagai Afham
Husna Mustaffa sebagai Amal Hayati
Dania Iza sebagai Naurah
Habeeb Rasely sebagai Khairi
Hafizuddin Fadzil sebagai Haji Burhan
Kuna Muzani seabgai Cikgu Fatimah
Boy Naszeli Ngasri sebagai Fahim
Duha Uner sebagai Emine
Qazem Nor sebagai Dr Wajdi
Datin Anne Ngasri sebagai Iffah
Rasya Dean sebagai Rashidah
Ikhlas Jalil sebagai Harris
Inas Sofea sebagai Fairus
Darling Ngasri sebagai Maisarah
Nefa Naura Sumali sebagai Puteri
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Casablanca
Penyanyi: Naufal Azrin & Nuha Bahrin
Komposer: Daqmie, Wan Saleh, Abdukarim Al Ali
Sinopsis Rona Bosphorus
Cerita ini bermula dengan latar di sebuah universiti di Jordan, tempat di mana Afham (Syafi Tee) dan Naurah (Dania Iza) bertemu dan menjalin cinta. Hubungan mereka seakan-akan sudah ditakdirkan indah, sehinggalah Naurah meminta Afham meminangnya sebelum dia menyambung pengajian ke peringkat Master di Turkiye. Namun, Afham menangguhkan hajat itu kerana ingin memberi fokus penuh kepada pengajiannya.
Tiba di Istanbul, Afham bertemu dengan Amal Hayati (Husna Mustaffa), seorang wanita matang yang datang ke sana selepas patah hati akibat dikhianati oleh tunangnya sendiri. Amal terpaksa memulihkan jiwanya setelah melihat impiannya untuk berkahwin musnah apabila tunangnya memilih sahabat baiknya sendiri sebagai pasangan.
Afham bersama abang Amal, Fahim, membuka sebuah kelas pengajian bahasa Arab dan Turkiye untuk pelajar Malaysia di Istanbul. Hubungan persahabatan antara Afham dan Amal mula mekar, dan sedikit demi sedikit perasaan kasih mula tumbuh. Namun, di Malaysia, Naurah yang kecewa kerana hubungan mereka dingin memutuskan untuk menyambung pengajian ke peringkat Master.
Setelah tamat pengajian Masternya, Afham kembali ke Malaysia untuk menyambung pengajian PhD di USIM. Di sini, takdir mempertemukannya semula dengan Naurah, yang kini juga berada di bawah seliaan Dr. Wajdi, pensyarah yang menjadi penyelia tesis Afham. Situasi menjadi lebih rumit apabila Afham mengetahui Dr. Wajdi bercadang memperisterikan Naurah.
Afham tidak dapat menerima berita tersebut, bukan hanya kerana cintanya yang masih belum padam, tetapi kerana beliau percaya tindakan Dr. Wajdi bertentangan dengan etika akademik. Hubungan cinta antara pensyarah dan pelajar seliaan dikira melanggar batas profesional. Namun, Naurah menegaskan agar Afham tidak mencampuri urusan peribadinya. Bagi Naurah, Dr. Wajdi lebih jujur berbanding Afham, yang pernah mengabaikan dirinya.
Merasa dirinya telah kehilangan Naurah sepenuhnya, Afham membuat keputusan besar untuk melamar Amal Hayati. Namun, persoalannya: adakah Amal Hayati akan menerima lamaran tersebut setelah melalui episod duka dalam hidupnya?