Drama Bercakap Dengan Jun

Bercakap Dengan Jun

Nantikan drama adaptasi novel 'Bercakap Dengan Jun' karya Hasrul Rizwan akan menemui penonton mulai 1 Mei 2024, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam di Astro Ria. Strim di Astro GO atau Sooka.

Bercakap Dengan Jun

Episod:  10
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2024
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam 
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Fairul Nizam, Mamuvies, Amar Amir, Ainul Farihah, Fatin Amirah & Baizurah Kahar
Pengarah: Fairul Nizam & Syed Fariz
Produksi: Ano Films

Watak Pelakon
Dini Schatzmann sebagai Jun
Qistina Rania sebagai Lily 
Fikry Ibrahim sebagai Sam
Kahoe Hon sebagai Luth
Sairish Elaria sebagai Ranum
Jun Lojong
Hilal Azman
Emelda Rosemila
Azhar Sulaiman
Nadiya Nisaa
Musyi Mohtar

Sinopis Bercakap Dengan Jun

Mengisahkan tentang seorang pencopet yang berusaha membesarkan seorang anak luar nikah yang ditinggalkan ibunya. Bagaimana Jun sedaya upaya untuk membesarkan Ranum agar dia bahagia walau serba kekurangan.

Jun seorang penyeluk saku yang hidup tanpa tujuan di jalanan, membunuh masa dan mencari nafkah dengan mencuri. Aktiviti hariannya menjadi kacau apabila dia tanpa sengaja terpaksa menjaga seorang bayi yang baru lahir, dan itu mengubah arah hidupnya walaupun ia bermakna mengorbankan nyawanya sendiri.

Sinopsis Novel Bercakap Dengan Jun

Kematian, korupsi dan penindasan membentuk Jun menjadi lelaki tanpa empati. Di kota raya, Jun raja penyeluk saku yang tidak pernah gentarkan apa-apa sehinggalah datangnya seorang gadis di suatu malam, melahirkan bayi di sebuah rumah kosong dan terus menghilangkan diri meninggalkan bayinya bersama Jun.

Bayi itu disambut Jun dengan jiwa ketakutan, namun senyuman anak kecil berpipi merah itu menerbitkan kegembiraan dan menghakis setiap sisi kegelapannya. Jun bertekad menjaga, mendidik, dan membesarkan si bayi bersamanya di penempatan yang terasing jauh dari manusia. Dengan kudrat, darah dan air matanya, dia berkorban untuk menjadi ayah yang terbaik. Sehinggalah titik hitam yang mengubah segalanya.

Bercakap Dengan Jun