Drama Jendela Hati

Jendela Hati

Viu perkenalkan drama adaptasi novel Jendela Hati karya Aisya Sofea. Gandingan pertama pelakon popular MK K-Clique dan Anna Jobling. Drama arahan MP Roslin terbitan Global Station Sdn Bhd. Saksikan Jendela Hati disiarkan pada setiap hari Khamis hingga Sabtu mulai 15 Februari 2024. Strim di aplikasi Viu Malaysia dan juga di laman sesawang www.viu.com

Jendela Hati

Episod: 15
Tayangan di Viu: 15 Februari 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu
Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: MP Roslin Md Sharif
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Anna Jobling sebagai Farah & Sarah
MK K-Clique sebagai Lukman Hafizi
Hanna Aqeela sebagai Myra
Shah Rezza sebagai Dato Lutfi
Wilma Muhammad sebagai Mak Engku
Fazlina Ahmad Daud sebagai Zahela
Azhar Amir sebagai Marzuki
Safwan Nazri sebagai Nazim
Qistina Khaled sebagai Liza
RJ Jelmy sebagai Johan
Nick Naim sebagai Zulkarnain 
Syahir Shafein sebagai Budi
Syamim Farid sebagai Haryati
Yusra Akma sebagai Zarin

Lagu Tema (OST)
Lagu: Demi Cinta
Artis: Nastia
Komposer: Leo Azman, Zach Zainir, Azim Jenk Ali, Rudy Nastia

Sinopsis Jendela Hati

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.