Layang Layang Perkahwinan

Layang Layang Perkahwinan

Nantikan drama bersiri Layang Layang Perkahwinan diarahkan oleh Eyra Rahman menampilkan Shukri Yahaya dan Ezzanie Jasny sebagai pelakon utama. Layang Layang Perkahwinan bersiaran mulai 8 Januari 2024, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria atau strim on demand melalui Ultra Box & Astro GO.

Layang-Layang Perkahwinan

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:0 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Oka Aurora
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: iFame (iFabulous Art Media & Event)

Lagu OST
Lagu: Haruskah (Kubalas semua)
Penyanyi: Afida
Lirik: Gio Wibowo

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Azim Hasibullah
Ezzanie Jasny sebagai Saida Amanda
Keith Foo sebagai Ammar
Alya Iman sebagai Tsuraya 
Arash Mohd sebagai Hasibullah
Nina Juren sebagai Laeli
Lisdawati sebagai Umi / Nenek
Aishah Ilias sebagai Maryam
Haidar Hasanudin sebagai Arjuna
Natasha Elyzza sebagai Nur Maya
Aidan Razeen
Kenji Sawahii
Zaid Erakad

Sinopsis Layang Layang Perkahwinan

Saida adalah isteri yang sempurna kepada Azim. Saida tidak menyedari dirinya telah dicurangi oleh Azim. Bagaimanakah Saida akan bangkit untuk menyelamatkan perkahwinannya daripada berantakan?

Episod 1 - 4
Azim berjaya naik pangkat atas usaha isterinya Saida. Naluri Saida mula rasa ada yang tak kena dengan suaminya. Azim sering balik lewat dengan alasan sibuk dengan kerja rupanya dia curang.

Saida teruja dengan tawaran dari syarikat besar namun keterujaan itu lenyap dengan masalah yang ditimbulkan oleh ibu mertuanya Laeli. Ketegangan Saida meningkat kerana sikap Laeli yang suka merendahkannya.

Saida mencuri tengok telefon bimbit Azim, mencari bukti kecurangannya. Meski tiada apa-apa yang mencurigakan ditemui, tapi nama Maryam sekali lagi menjentik naluri Saida. Saida mengekori Azim dan Maryam.

Saida telah bersusah payah menyediakan makan malam istimewa untuk meraikan kejayaannya dengan Azim. Dia kecewa lagi kerana Azim tak balik seperti dijanjikan. Azim menghabiskan malamnya dengan wanita lain.