Filem Syif Malam

Syif Malam

Empire Film Solution Sdn Bhd dan Thinkerbell Studios Sdn Bhd menghasilkan sebuah filem seram berjudul Syif Malam yang akan mula ditayangkan di pawagam mulai 7 Disember 2023. Diarahkan oleh Fairus Anuar, Syif Malam menampilkan barisan pelakon seperti Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shahkimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth dan Mili Supina.

Syif Malam

Genre: Fiksyen Seram, Komedi gelap
Penulis Skrip: Fairus Anuar
Pengarah: Fairus Anuar
Produksi: Empire Film Solution Sdn Bhd & Thinkerbell Studios Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2023

Watak Pelakon
Taqim Zaki sebagai Ikmal
Anas Ridzuan sebagai Mok
Shah Kimin sebagai Botak
Zera Hariz sebagai Ayu
Kamarul Eqifshah sebagai Saiful
Sobri Anuar sebagai Boss Zaini
Riezman Khuzaimi sebagai Abang Joe
Ismeth Syah

Sinopsis Syif Malam

Syif Malam mengisahkan tiga rakan sepejabat iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang bekerja sebagai pereka grafik, secara tidak sengaja merungkai mitos seram di bangunan tempat mereka bekerja sehingga merubah kehidupan masing-masing.

Satu kisah urban legend yang dianggap mitos berlegar-legar di bangunan tersebut tentang tragedi seorang pekerja wanita yang mati bunuh diri. Mengikut cerita, bangunan itu memerlukan korban tertentu setiap tahun.

Kejadian seram bermula apabila mereka bertiga dipaksa bekerja waktu malam untuk menyiapkan tugasan grafik pada saat akhir.

Pada awalnya, gangguan terjadi semasa mereka sedang bekerja seorang diri. Setelah masing-masing menceritakan pengalaman seram yang dialami, Mok membuat keputusan untuk meminta bantuan khidmat nasihat rakannya bernama Brotai yang mendakwa arif dengan perkara mistik.

Namun setelah melakukan beberapa upacara ritual atas nasihat Brotai, gangguan seram menjadi semakin ganas dan agresif. Kisah mitos yang mereka dengar selama ini tentang korban bangunan tersebut semakin menjadi realiti dan ianya sedang berlaku.

Dalam pada itu, seorang wanita misteri yang bekerja di bangunan sama cuba membantu mereka kerana dia dapat rasakan yang nyawa Ikmal, Mok dan Botak dalam keadaan bahaya jika gangguan masih berterusan.