Saksikan ‘Impak Maksima Underground’, filem perlumbaan kereta drift yang penuh aksi dan emosi ditayangkan secara eksklusif di Tonton mulai 15 November 2023.
Impak Maksima Underground
Tarikh Tayangan: 15 November 2023
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: Excellent Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Syafi Tee sebagai Rudy
Ismail Izzani sebagai Arie
Nia Atasha sebagai Aida
Juzzthin sebagai Idlan
Cat Farish
Zul Huzaimy
Ucop
Sinopsis Impak Maksima Underground
Mengisahkan perjalanan seorang pemuda iaitu Rudy (Syafi Tee) yang amat meminati sukan permotoran jenis drift. Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang drifter profesional. Dia tekad untuk merealisasikan impian ini sehingga sanggup bermula dari bawah sebagai pembantu am kepada Abang Moe di Aylezo Speedzone & Speedway, sebuah trek Go Kart dan akademi sukan permotoran.
Rudy juga bijak mengambil peluang. Selain melaksanakan tanggungjawabnya untuk menguruskan premis tersebut, Rudy juga sering memberi tumpuan kepada kelas drift yang dijalankan oleh drifter profesional yang mesra disapa sebagai Abang Johan.
Pelbagai cabaran menanti Rudy dalam perjalanannya untuk menggapai impian. Dia juga mengetahui kewujudan pertubuhan lumba kereta rahsia yang dinamakan Impak Maksima Underground. Wang dan kekayaan tidak menjamin undangan ke perlumbaan kereta anjuran pertubuhan ini. Sebaliknya, kredibiliti pemandu menjadi keutamaan.