Wan Embong (TV9)

Wan Embong

Saksikan ulangan telefilem Wan Embong lakonan Neelofa, Faizal Hussein, Johan As'ari pada 18 September ini, Isnin, 8:30 malam di TV9.

Wan Embong

Waktu Tayangan: Isnin, 18 September 2022, 8:30 malam
Rangkaian: TV9 / tonton
Penulis Skrip: Syed Muhd Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Amie Maziah
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Neelofa, Faizal Hussein, Johan As'ari, Vanidah Imran, Izreen Azminda, Dato Rahim Razali

Sinopsis Wan Embong

Mengisahkan tentang Wan Embong (Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (Faizal Hussein), sebagai isteri ketiga. Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali).

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?