Rindu (TV2)

Rindu tv2

Saksikan drama pendek sempena sambutan Maal Hijrah 2023/1445H bertajuk “Rindu” kisah kekeluargaan penuh mesej pengorbanan dalam penghijrahan bakal menemui penonton pada 19 Julai ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Rindu

Waktu Tayangan: Rabu, 19 Julai 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Ezynaz
Idea & Konsep: Nor Ashikin Zainal
Pengarah: Nor Ashikin Zainal
Produksi: Unit Drama TV RTM

Barisan Pelakon
Ezzaty Abdullah sebagai Zarina
Adrianna Qasmia sebagai Zarina (Kecil)
Laila Nasir sebagai  Aini (Ibu)
Haeriyanto Hassan sebagai Zahir (Ayah)
Linda Hashim sebagai Laila
Izzy Reef sebagai Amin
Lia Natalia sebagai Abil
Shazman Isaac sebagai Amin (Kecil)
Anggun Cassandra sebagai Abil (Kecil)
Shyrim Husni sebagai Cikgu Mat

Sinopsis Rindu

Kisah gadis cekal bernama Ina yang walaupun sering tidak dihargai, dia tidak kenal erti lelah mencari rezeki dan berbakti buat ibu bapanya sejak kecil hingga dewasa dan akhirnya berjaya. Kemalangan yang menimpa benar-benar menampar keluarga ini dan sedar tentang pengorbanan seorang anak.

Kedaifan yang diharungi oleh keluarga tidak pernah melenturkan semangat Ina untuk terus membantu meringankan beban ibu bapanya. Ibu bapa Ina dihimpit dengan kenangan perit dan ketidak puasan hati dalam rumahtangga hingga menjadikan mereka seorang yang hanya pentingkan perasaan sendiri. Ibu bapa Ina seakan lupa tentang kebajikan dan kebahagian anak-anak mereka.

Bagi meneruskan hidup keluarga dan menampung kos pelajarannya, Ina sanggup bekerja sambilan semenjak dari sekolah rendah lagi. Walaupun memiliki sifat yang rajin serta pandai dalam pelajaran, Ina tidak lari dari masalah yang tercipta di sekolah. Ina dicemburui oleh rakan sebaya yang menabur fitnah ke atasnya hingga biasiswa pelajarannya ditarik semula.

Namun begitu kata-kata semangat dan kepercayaan oleh cikgu kesayangannya membuatkan Ina tidak berputus asa. Ina berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti dan bekerja sebagai eksekutif.

Ina merupakan kekuatan keluarga. Dia adalah sumber pendapatan keluarga dan menjadi tempat mengadu segala masalah. Masalah rumahtangga ibu bapanya sentiasa berterusan sehingga Ina dewasa. Ina berkorban masa, tenaga dan juga mental bagi menjaga kebajikan ibu bapanya.

Mereka berhijrah berpindah randah, dari bilik yang kecil hingga ke rumah yang lebih besar. Ada sahaja yang tidak kena dengan ibu bapanya. Tahap kesihatan ibu bapanya juga semakin merosot dan ini memerlukan perhatian yang lebih dari Ina. Sedikit sebanyak masalah keluarga Ina menjadi punca sakitnya semakin parah.

Ina merahsiakan sakit kepala yang dihidapinya. Ina tetap memegang prinsip seteruk mana ibu bapanya, sesusah mana sekalipun hidup Ina, dia tetap mahu berbakti kepada orang tuanya kerana dia percaya kejayaan di dunia dan akhirat adalah berkat doa ibu bapa.

Kakak dan adik-adik Ina masing-masing telah berumahtangga dan cuba lepas tangan hanya kerana Ina belum berkahwin dan punya pendapatan lebih. Ina semakin tertekan kerana dia juga punya komitmen hidup dan mohon bantuan adik beradik menjaga ibu bapa mereka ketika dia bertugas di luar negara.