Sinopsis Mat Tudung Begins

Mat Tudung Begins

Filem Mat Tudung Begins arahan pertama Dato Fizz Fairuz akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Ogos 2023.

Mat Tudung Begins

Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2023
Penulis Skrip: Aloy Paradoks
Pengarah: Fizz Fairuz
Produksi: Rain Maker Creation Sdn Bhd

Pelakon
Dato Fizz Fairuz sebagai Johari / Johanna
Achey sebagai Sabri / Sabrina
Isyariana sebagai Neesa
Maryam Durian Kimchi sebagai Datin Mun
Kazar Saisi sebagai Datuk Wahab
Fazlina Ahmad Daud sebagai Madam Lola
Abang Gee sebagai Abang Gee
Mimi Peri

Sinopsis Mat Tudung Begins

Mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel. Hotel tempat dia berkerja bakal menerima kedatangan juri The Forbest – iaitu sebuah badan penilai yang akan membuat penilaian sama ada hotel berkenaan layak mendapat tambahan bintang atau tidak. Namun pihak hotel diberitahu bahawa juri akan datang secara rahsia dan membuat penilaian selama satu minggu. Ini sangat menggusarkan Abang Gee iaitu pengurus hotel tersebut.

Kemudian Johari bersama rakan sekerjanya, Sabri mula mengesyaki bahawa sebuah keluarga yang datang menginap di situ adalah juri The Forbest. Ini kerana lagak dan gerak-geri keluarga Dato Wahab dan Datin Mun bersama anak mereka, Neesa sangat mencurigakan dan mereka tidak kelihatan seperti keluarga yang sebenarnya. Johari juga cuba mendekati Neesa, tetapi gagal. Akhirnya Johari menggunakan kaedah menyamar menjadi seorang wanita bertudung bernama Johana, semata-mata mahu rapat dan mendekati Neesa.