Filem Kau Pilih Siapa

Kau Pilih Siapa

Saksikan filem komedi santai "Kau Pilih Siapa" arahan sulong Saifullah Khaisas bersama Dato Athy yang akan ditayangkan di pagawam bermula 8 Jun 2023. 

Kau Pilih Siapa

Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2023
Skrip: Qawiem Hamizan & Hanis Ali
Pengarah: Dato Athy & Saifullah Khaisas
Produksi: AT Movies 
Pelakon: Syed Mohamad Asri @ Usop Wilcha, Avaa Vanja, Seramaymax, Anas Ridzuan, D'Boy Hamdan, Sathia, Bohari Ibrahim, Wei Tian Tz, Ema, Weera Audadi, Chillex

Sinopsis Kau Pilih Siapa

Berkisarkan tentang seorang ketua keluarga bernama Pian C (Usop Wilcha), yang terpaksa berjauhan meninggalkan keluarganya di kampung demi menyara kehidupan. Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon Wakil Rakyat untuk menggantinya. Kemudian penduduk kampung meletakkan harapan yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat. 

Pelbagai ujian dan dugaan yang melanda selepas Pian C pulang kampung, Apakah yang terjadi kepada Pian C seterusnya?