Bas Terakhir Malam Raya

Bas Terakhir Malam Raya

Filem Bas Terakhir Malam Raya arahan Irwan Rauf dan Eric Fuzi di Astro First 480 bermula 21 April 2023

Bas Terakhir Malam Raya

Tarikh Tayangan di Astro First: 21 April 2023
Penulis Skrip: Zuli Ismail
Pengarah: Irwan Rauf & Eric Fuzi
Produksi: Silent Kaiju Studio, Floor88, Motio Studio
Pelakon: Kumpulan Floor 88, Joey Daud, Syasya Rizal, Datuk Syafinaz, Amir Masdi, Hawa Rizwana, Vicha, Bidin Al Zaifa, Munaa Bella, Ropie, Erin Malek

Sinopsis Bas Terakhir Malam Raya

Mengisahkan sekumpulan anak muda Kadir, Fuzi, Hamzah, Ghazali, Puad, Che Bob and Kadir yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya. Malangnya, pelbagai masalah menimpa menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket bas daripada ulat tiket yang mempunyai misi rahsia.

Dalam perjalanan, Kadir bertemu dengan penumpang misteri, Melati yang mencipta huru-hara apabila bas itu mengalami rosak. Mereka cuba membaiki bas tersebut supaya dapat meneruskan perjalanan. Keesokan paginya, mereka tiba di destinasi rahsia yang mereka semua mempunyai kenangan manis - Rumah Anak Yatim Cahaya Mak Inaz.