Jalan Pulang (TV2)

Jalan Pulang

Saksikan telefilem Jalan Pulang akan berrsiaran pada 27 Disember ini, Selasa pukul 9 malam di TV2.

Jalan Pulang

Waktu Siaran: Selasa, 27 Disember 2022, 9:00 malam 
Rangkaian: TV2 RTM
Pengarah: Meor Marduki
Produksi: Cahaya Panglima Sdn Bhd
Pelakon: Adam Darwish, Razfareyza Fenge, Izz Anas Muzamil, Navien, Puteri Alani, Thaqeefah

Sinopsis Jalan Pulang

Kisah 5 kanak-kanak yang terpaksa bergantung harap antara satu sama lain selepas mereka tersesat selama 3 hari ke dalam hutan ketika bermain.

Rayyan dan keluarga baru berpindah ke kampung. Sikap Rayyan yang selalu leka dengan gajetnya menjadikan dia sombong dan tidak suka berkawan. 

Abu pula seorang anak yatim tetapi ceria merupakan penduduk asal kampung itu. Abu bersama Pian dan Gopal ingin berkawan dengan jiran barunya Rayyan tetapi tidak dilayan. 

Suatu hari, mereka semua menyertai Kem Bina Semangat. Rayyan, Abu, Pian, Gopal telah sesat di hutan. Mereka terpaksa bekerjasama untuk keluar.