Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

Akim dan Mira

Drama terbaharu Gempak Original Series, Akim dan Mira - Kisah Cinta 1999 gandingan Adam Lee dan Mimi Lana ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 21 Disember 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

Episod: 10
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2022
Waktu Siaran: Rabu, 9:30 malam 
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Penulis Skrip: Marr Mohamad
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Akim
Mimi Lana sebagai Mira
Fadlan Hazim sebagai Jebat
Mierul Aiman sebagai Naufal
Amir Ahnaf sebagai Ejoi
Kimberly Chuah sebagai Phoebe
Saif Yunuz sebagai Bush
Kween Keela sebagai Laila
Meor Mohd sebagai Naga
Ku Fridah sebagai Opah
Mahmud Alibashah sebagai Datuk Malik

Sinopsis Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

Kisah cinta tahun 1999 tentang sepasang remaja, Akim dan Mira yang saling mencintai namun diuji dengan pelbagai ranjau dan dugaan hanya kerana mereka adalah pasangan budak jahat dan pelajar bermasalah. 

Di hari pertama sesi persekolahan 1999, Akim bertemu dengan Mira, pelajar baharu yang mengambil berat padanya. Akim mula terpana dan jatuh cinta.

Akim merupakan seorang anak yatim piatu terpaksa menjual dadah secara sampingan, dipukul oleh Mira iaitu pendatang baru di sekolah menengahnya. 

Tanpa diduga, Mira juga mempunyai sisi gelap tentang dirinya di mana dia hidup menderita dengan bapanya yang kejam.

Dalam masa yang sama, Mira kemudiaannya berkawan dengan seorang samseng bernama Jebat (Fadlan Hazim) yang membantunya menjana wang dengan menghiburkan pelanggannya.

Dengan dana itu, Mira berharap dapat memulakan kehidupan baru di Australia suatu hari nanti.