Walimatul Tak Urus

Walimatul Tak Urus

Nantikan telefilem komedi, Walimatul Tak Urus terbitan Hzkutive Sdn Bhd, menampilkan lakonan Luqman Hafidz, Isyariana, Nina Fazurina, Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi. Telefilem ini akan disiarkan di Awesome TV.

Walimatul Tak Urus

Tarikh Tayangan: -
Rangkaian: Awesome TV
Penulis Skrip: Syakireen Akhlakkeen
Pengarah: Esham Shahlin
Produksi: Hzkutive Sdn Bhd
Pelakon: Luqman Hafidz, Isyariana, Nina Fazurina, Shamsul Ghau Ghau, Qazem Nor, Syed Ali, Taiyuddin Bakar, Kismah Johar, Zazo Maulana, Saiful Ghaz, Suriyani Hj Osman

Sinopsis Walimatul Tak Urus

Mengisahkan tentang Shah yang nekad mahu kahwin lari bersama Mira. Apabila Mira telah dipaksa berkahwin oleh bapanya, Pak Kassim. Shah telah merancang, dan melarikan Mira ketika majlis akad nikah yang hampir berlangsung. Shah telah dikejar oleh geng penarik kereta, kerana kereta yang dipinjam daripada rakannya, sudah empat bulan tidak dibayar. Dalam masa yang sama, abang dan kakak ipar Mira turut mengejar mereka. Semasa dalam perjalanan, Shah dan Mira telah berkenalan dan menumpangkan Mak Limah yang melambatkan perjalanan mereka.