Drama Kamcing

Kamcing

Siri original terbaharu Sooka, Kamcing boleh distrim semua episod bermula 11 November ini. Siri arahan Izuan Mokhtar ini dibintangi oleh Fattah Amin, Lim Mei Fen, Charles Roberts, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Kamcing

Episod: 10
Tarikh Tayangan di Sooka: 11 November 2022
Penulis Skrip: Farah Bani
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Arie Zaharie Production
Lagu Tema: Ambang oleh Tuju

Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Aariz
Charles Roberts sebagai Mohan
Chacha Maembong sebagai Arina
Lim Mei Fen sebagai Jin Hao
Aziz M.Osman sebagai Tok Daud
Daniel Fong sebagai Kah Wai
Ajay Sarvees sebagai Theva
Aghonderan Sahadevan sebagai Toy Anne
Razak Ahmad sebagai Rauf
Bryan Chan sebagai Li Hao
Mandy Chong sebagai Madam Wong
Farid Amirul sebagai Abdullah
Nirmalar sebagai Ammah
Imran Aqil sebagai Aariz

Sinopsis Kamcing

Berlatarkan bandar Klang mengisahkan tentang Jin Hao yang pulang untuk menyiasat tentang abangnya yang hilang 10 tahun lepas. Penyiasatan Jin Hao membuka kisah lama antara Aariz dan Mohan dan bakal membongkar rahsia mereka semua.

Aariz (Fattah Amin) pulang ke Klang apabila mengetahui adiknya Arina (Chacha Maembong) telah menjual tanah pusaka arwah bapanya. Di Klang di bertembung dengan rakan sekolahnya Mohan (Charles Roberts) yang baru tiba setelah 7 tahun belayar. Pertemuan mereka digempar dengan berita bahawa Jin Hao (Lim Mei Fen) juga kini di Klang dan sedang menyiasat kes kehilangan abangnya. Aariz dan Mohan kini di ambang bahaya, mampukah mereka menyelamatkan diri mereka dan orang sekeliling mereka?