Filem Daddyku Gangster

Daddyku Gangster

Syarikat D’Ayu Pictures tampil dengan sebuah filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Disember 2022.

Daddyku Gangster

Genre: Aksi Komedi
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2022
Pengarah: Ismail Bob Hashim
Produksi: D’Ayu Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zul Huzaimy sebagai Ray
Faizal Hussein sebagai Karim
Adeline Tsen sebagai Lisa
Jay Iswazir sebagai Pablo
Ridzuan Hashim sebagai Zaki
Reen Rahim sebagai Zack
Zalif Sidek sebagai Bob
Wan Wala sebagai Wan Sado
Azri Iskandar sebagai Remy
Vanidah Imran sebagai Leha
Anggelica Petra sebagai Arisha
Arryan Petra sebagai Aidil

Sinopsis Daddyku Gangster

Ray adalah ketua kumpulan yang gemar mencuri kereta kereta mewah yang diseludup ke Malaysia bersama rakan kumpulannya yang memiliki kepakaran masing masing. Selain itu Ray turut melibatkan diri dalam underground fight di gelanggang haram milik Pablo. 

Ray mempunyai sejarah silam dalam hubungan kekeluargaan terutama dengan abang kandungnya sendiri. Di malam hari lahir Ray, Remy abang kepada Ray datang bersama keluarga menyambutnya walaupun layanan Ray dingin terhadap keluarga Remy terutama kedua-dua anak saudaranya, Arisha dan Aidil.

Namun malang tidak berbau, Remy dan isterinya meninggal dunia setelah terlibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari rumah Ray. Lisa, peguam yang bertanggungjawab telah menyerahkan hak penjagaan sementara Arisha dan Aidil kepada Ray berdasarkan wasiat daripada Remy. Ray menjadi kurang senang dengan memikirkan hal yang bakal dilalui apabila terpaksa menjaga anak saudaranya itu. Dek kerana terpikat setelah memandang Lisa, Ray menerima pelawaan tersebut.