Drama Hati Tanpa Rasa (TV3)

Hati Tanpa Rasa

Nantikan drama Hati Tanpa Rasa adaptasi daripada novel Heartless karya Ateen Khalid diterbitkan oleh Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Emi Sufian. Menemukan pelakon utama Redza Rosli dan Scha Elinnea. Drama Hati Tanpa Rasa bersiaran pada 13 Disember 2022, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3 atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Hati Tanpa Rasa

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 13 Disember 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Nieza Nahar & Ateen Khalid
Pengarah: Emi Suffian & Ayie Mustafa
Produksi: Creative Skill Solution
Lagu Tema (OST): Sejuta Maaf - Liza Hanim

Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Naufal Nidham
Scha Elinnea sebagai Nur Kaisara
Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
Jasmin Hamid sebagai Makcik Rohani
Lisdawati sebagai Datin Faizah
Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Nazrin
Datin Sri Noniswara sebagai Datin Suria
Jesse Lim sebagai Encik Fauzan
Wan Raja sebagai Mr Barry
Farid Amirul sebagai Dato Hashim
Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
Nick Davis sebagai Isyraf
Khalida Balqis sebagai Julia
Azim Yusof sebagai Mika
Syarafi Sudarmaji sebagai Zafril
Riesha Aslan sebagai Jasmin
Said Ismail sebagai Danish
Shakira Stephen sebagai Naila
Amanda Shuib sebagai Erin
Fyda Othman sebagai Duha
Ayra Messi sebagai Naina
Amy Nur Tinie sebagai Zahra

Sinopsis Hati Tanpa Rasa

Kaisara berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil tetapi mendapat pekerjaan yang baik di bandar. Dia menyembunyikan latar belakang sebenar dari rakan-rakannya, takut mereka akan meninggalkannya. Suatu hari, ibu bapanya datang menemuinya, tetapi dia kejam tidak bertemu dengan mereka. Nidham melihat perkara ini dan memutuskan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya. Malangnya, bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam itu. Sejak itu, Nidham bertekad untuk mengajar Kaisara pelajaran.

Nur Kaisara (Scha Elinnea) terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin dan Laila yang memahaminya. Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara. 

Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Naufal Nidham ataupun Nid (Redza Rosli), seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin. Malahan, Nid juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya.

Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia ‘bersetuju’ untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya.

Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nid. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nid dengan pelbagai nama termasuk ‘Mr Banyak Syarat’ dan ‘Mr Potong Gaji’. Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nid mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya. Apakah niat sebenar Nid?