Drama Cinta Buat Dara (TV3)

Cinta Buat Dara

Nantikan drama romantik komedi 'Cinta Buat Dara' menemukan lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana di slot Lestary TV3 mulai 24 Ogos ini, setiap Rabu hinga Sabtu pukul 9:00 malam dan ia turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Cinta Buat Dara

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Rasheda Ghazali
Pengarah: Ng Ken Kin
Produksi: OrangeTree Production Sdn Bhd
Pelakon: Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi

Watak Pelakon
Riena Diana sebagai Dara
Syafiq Kyle sebagai Hariz 
Sean Lee sebagai Jason
Shah Rezza sebagai Harun
Rozita Che Wan sebagai Rose
Angeline Tan sebagai Lily
Sharifah Shahora sebagai Rozie 
Badrul Muhayat sebagai Zaim
Wan Nor Azlin sebagai Mala

Lagu Tema (OST)
Yulia Kamelia - Cinta Buat Dara

Sinopsis Cinta Buat Dara

Mengisahkan Dara yang kasar dan selalu menimbul masalah kepada ibunya, dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh makciknya yang terkenal di pekan itu, Kak Ros, bekas juara Kebaya Ratu. Hariz seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi. Melalui masa mereka bekerja bersama, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukainya satu sama lain. Namun, Atirah, gadis misteri yang pernah dibual Hariz, tiba-tiba datang menghalang.

Serik dengan kelakuan Dara (Riena Diana) sebagai seorang pemain papan luncur yang kasar dan sering menimbulkan masalah, ibunya telah berhasrat untuk menghantar Dara pulang ke kampung dan meminta tolong Kak Ros (Rozita Che Wan) supaya mengajar dan melembutkan kelakuan anaknya. Pada masa yang sama, Dara yang telah bergaduh dengan Hariz (Syafiq Kyle) di Kuala Lumpur kini berjumpa semula di kampung mereka di Kuala Selangor kerana berkerja dengan ayah Hariz di sebuah kedai runcit. 

Dalam usaha untuk mengubah personaliti Dara menjadi lebih lemah lembut dan ayu, ibunya ingin mengenalkan Dara dengan anak lelaki kawannya. Namun, Dara tidak mahu dipaksa untuk berkenalan dengan lelaki itu dan meminta Hariz untuk menjadi teman lelaki sementara Dara. Hariz bersetuju untuk menjadi teman lelaki Dara, tetapi Dara harus berjanji untuk tidak jatuh hati padanya.

Cinta Buat Dara