Drama Akira Khan

Akira Khan

Nantikan drama adaptasi novel Akira Khan karya Ammara Ayyash terbitan SR One Sdn Bhd diarahkan oleh Jamal Khan. Dilakonkan oleh pasangan suami isteri Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Drama Akira Khan bakal ditayangkan bermula 18 Januari 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di slot Megadrama saluran Astro Ria dan strim di Astro GO.

Akira Khan

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malamm
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Haida Mazni Mohammad
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd

Lagu OST: Akira - Ezad Lazim & Salma Asis

Watak Pelakon
Kamal Adli sebagai Raden
Uqasha Senrose sebagai Akira Khan
Irfan Zaini sebagai Zafar Khan
Julia Farhana Marin sebagai Liyana
Maria Farida sebagai Fareedah Khan
Esma Daniel sebagai Kamarul
Idzham Ismail sebagai Joe
Razman Mahayuddin sebagai Iskandar
Saidah Kamarudin sebagai Faten
Safura Ya'cob sebagaii Ibu Hartini
Mak Wan sebagai Mak Salmah
Dilla Ahmad sebagai Dr Amilia
Pushpa Narayan sebagai Syameen

Sinopsis Novel Akira Khan

Kisah seorang wanita Pakistan bernama Akira yang jatuh cinta dengan lelaki Melayu bernama Raden. 

Disebabkan keturunan dan bangsa yang berbeza, cinta mereka terhalang dan terpaksa berkahwin secara rahsia. Namun mereka terpaksa berpisah atas masalah keluarga. 

Raden telah ditimpa kemalangan di Malaysia dan telah menyebabkan dia hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan dan tidak dapat menghubungi Raden. Mereka berdua terpaksa melalui kesukaran bersendirian. 

Beberapa tahun kemudian, mereka berjumpa kembali tapi malangnya Raden tidak mengenali Akira. Berbagai dugaan terpaksa mereka lalui, juga ada yang cuba untuk memisahkan mereka. 

Dengan kesabaran Akira akhirnya ingatan Raden pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?

Sinopsis Novel Akira Khan

Pertemuan yang singkat membuatkan Akira jadi angau. Tangisan lukanya menjadikan gadis itu lemah dan tersungkur menjadi hak mutlaknya. Satu malam janji diikat dan malam itu juga adalah detik terakhir mereka bertemu. Janji-janji yang ditabur dipegang bertahun lamanya. Akira semakin sesat dalam sebuah rindu yang tiada penghujung, 

“Sayang?” 

Radin tersedar dari mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira? 

Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah. Tetapi Akira tekad untuk mencari suaminya semula. Namun dia pula dikejutkan dengan berita kewujudan Liyana di sisi Radin, wanita yang pernah menjadi punca Akira dan Radin berkahwin. 

"Ke mana awak pergi, Akira? If you really care about me, where did you go? Where were you when I need you?" Mata Radin mencerlung tajam ke arah Akira. 

"When you need me?" Akira ketawa pedih. "If you really need me, you will find me.” 

Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia tekad untuk mencuri hati isterinya semula. Namun tidak semudah itu Akira menerima Radin semula. 

Akira merasakan dirinya dikhianati kerana selama kehilangannya, tiada yang mencari namun kedatangannya seolah-olah dirai. Siapa sebenarnya yang Radin nak? Dia atau Liyana? 

“Awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak masih simpan saya sebab awak tu bodoh!” 

Radin makin hilang sabar apabila kesetiaannya diuji, keikhlasannya diragui dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta pertamanya namun dia pasti kebahagiaan yang dimiliki hanya bersama Akira Khan! Dia tekad untuk memiliki wanita itu semula!